PELAWAK Amir Raja Lawak memaklumkan dia masih memerlukan rehat yang panjang walaupun sudah dibenarkan pulang ke rumah susulan dua minggu rawatan akibat influenza B dan jangkitan kuman pada paru-paru di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.Berkongsi perkembangan kesihatannya, Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 37, berkata keadaan paru-parunya masih belum pulih sepenuhnya namun keadaannya kini lebih baik selepas dibenarkan berehat di rumah. “Alhamdulillah, keadaan saya jauh lebih baik dan sihat berbanding ketika berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan wad hospital.Amir sebelum ini menerima rawatan akibat influenza B dan jangkitan kuman pada paru-paru.“Cuma paru-paru saya masih belum pulih sepenuhnya dan nafas masih pendek. Saya perlu betul-betul berehat supaya paru-paru kembali berfungsi mengepam oksigen seperti biasa,” katanya ketika dihubungi mStar.Menurut Amir, walaupun keadaan fizikalnya semakin baik, dia masih mengalami rasa mencucuk pada tapak kaki setiap kali melangkah sehingga memerlukan bantuan ahli keluarga untuk menguruskan keperluan hariannya.“Luaran semuanya nampak okay, cuma tapak kaki terasa seperti dicucuk jarum setiap kali berjalan. Jadi, buat masa ini saya banyak bergantung kepada keluarga untuk membantu menguruskan diri,” ujarnya.ARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak syukur dibenarkan pulang selepas lebih dua minggu dirawat... Kongsi detik hampir ditidurkanARTIKEL BERKAITAN: Amir Raja Lawak sudah pindah wad biasa, masih sukar bernafas... “Tak tertanggung sakit ini”Mengulas mengenai perkembangan kesihatannya, Amir memberitahu dia masih perlu menjalani beberapa pemeriksaan susulan termasuk imbasan tomografi berkomputer (CT scan) dan pemeriksaan sinar-X pada bulan depan.“Doktor hanya pesan supaya saya berehat secukupnya. Saya berharap awal tahun depan sudah boleh kembali aktif seperti biasa.“Sasaran saya dalam tempoh sebulan lagi atau paling lama dua bulan untuk mendapatkan semula stamina seperti sebelum ini,” kongsinya.Dalam pada itu, Amir memaklumkan perniagaan ayam goreng miliknya masih beroperasi seperti biasa walaupun dia belum mampu menguruskan perniagaan tersebut secara langsung. Keluarga memang menguruskannya sendiri.AMIR RAJA LAWAKPELAWAKKatanya, ahli keluarga bersama pekerja mengambil alih tugas menguruskan perniagaan berkenaan sepanjang dia menerima rawatan di hospital.“Syukur keluarga banyak membantu menguruskan perniagaan bersama staf. Walaupun mereka pertama kali mengendalikannya dan semuanya berlaku secara mengejut, Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik.“Sekarang saya sudah berada di rumah dan hanya memantau. Mereka masih menguruskan operasi perniagaan sedikit demi sedikit. Ketika saya di hospital, keluarga memang menguruskannya sendiri,” jelasnya.Amir mahu segera pulih daripada masalah kesihatannya.Sebelum ini, Amir menerusi media sosial berkongsi berita gembira apabila dibenarkan pulang ke rumah selepas dua minggu mendapatkan rawatan akibat influenza B dan jangkitan kuman pada paru-paru pada Selasa.Pada 11 November lalu, pelakon Lando Zawawi atau nama sebenarnya Azlan Sani Zawawi memaklumkan Amir sedang menunggu giliran untuk mendapatkan tempat di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menjalani rawatan susulan berikutan masalah kesihatan dialaminya.Selepas 10 hari menerima rawatan di ICU, Amir kemudian memaklumkan dia sudah dipindahkan ke wad biasa.Bagaimanapun, ketika itu dia masih bergantung kepada alat bantuan pernafasan dan tidak boleh bercakap terlalu banyak berikutan keadaan kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya.TONTON VIDEO PILIHAN!